Tuesday 3 April 2012

RABAK MANIS

Assalamualaikum


 Ya Allah aku rindu semua, setelah sekian lama aku tidak menghiraukan laman laman sosial aku yang terbengkalai begitu sahaja. Entah gambar gambar berkurun lamanya, cerita cerita lamanya dan semua . Namun demikian, aku mengambil kesempatan diatas cuti ini untuk mengemaskini segala harta benda yg aku punyai. 


Setelah lamanya aku bergelar pelajar sekolah sehingga kini aku menjadi bekas pelajar sekolah dan bergelar seorang pekerja. Kini aku bekerja di sebuah syarikat empayar besar yang kini sedang membangun. Tolong, tolong dan tolong itu tipu tapi sila percayakan.
Memang benar sudah lama tidak aku kemaskinikan blog aku sehingga ada segelintir pihak yg mencaci, menghina aku. Sekali lagi aku minta tolong percaya yg aku pentipu besar yg amat. 


23 March 2012 yg lalu adalah tarikh yg paling digeruni oleh bekas pelajar SPM termasuk aku sendiri. Waktu yg menentukan masa depan kami semua. Seawal pagi bangun, berdoa kepada Allah supaya permudahkanlah segala urusan kami. 


Setibanya aku dan rakan rakan di sekolah, masing masing terasa debaran demi debaran. Beratur mengikut kelas, dan setibanya giliran aku. Aku tatap slamber #controltakgentar. Alhamdulillah, result yg tidak perlu dibangga bangga kan. Tidak perlu screen capture, tidak perlu post di laman laman sosial dengan perasaan riak dan takabur. Tidak, tidak perlu semua itu. Sudah cukup hanya mak dan ayah aku dahh leeww.


Aku hanya bersyukur kepada Allah kerana itu sahaja yg aku mampu. Hanya sekadar dapat meneruskan cita cita aku, membuat ayah mak gembira sudah cukup bagi aku. Diatas segala usaha dan doa aku. Aku puas. Guru guru, rakan rakan dan sahabat sejati terima kasih aku ucapkan di atas ilmu yg telah kalian curahkan. Aku amat menghargainya. 


Semoga kalian dirahmati yang Maha Esa. Semoga kita berjaya bersama sama pada masa mendatang. 




Assalamualaikum berjumpa lagi di hari mendatang.


P/S : tiada kaitan dengan tittle. bodoh kan?

No comments:

Post a Comment

komen jika perlu :)